Something that interesting

Saturday, November 6, 2010

Letter from YourVoice (online survey)

Share

Nielsen Company teruja mengumumkan bahawa kini kami mempunyai perjanjian dengan Survey Sampling International, LLC (SSI). SSI iaitu sebuah syarikat kajiselidik global yang sangat dihormati sejak 1977, di mana ia mempunyai pengalaman kajiselidik di 50 buah negara. Sebagai sebahagian daripada perhubungan baru kami, pada ketika ini SSI akan menguruskan serta memelihara panel Your Voice.

Oleh itu, apakah maknanya kepada anda sebagai seorang ahli Your Voice?
Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Nielsen akan memindahkan maklumat keahlian dan butiran kajiselidik anda kepada SSI.
Baki mata yang anda perolehi tidak terjejas dan ia akan terus dkekalkan.
Sekiranya anda suka turut serta dalam kajiselidik dan menyuarakan pendapat/ pandangan anda, SSI pasti mampu memenuhi keperluan anda, di mana kajiselidik akan dijalankan dengan lebih kerap lagi.
Anda akan terus ditawarkan pelbagai ganjaran dan hadiah hebat.
SSI amat memahami privasi pengguna dan mematuhi kesemua undang-undang privasi tempatan. SSI komited untuk terus memberi perlindingan yang sama sepertimana perlindungan yang anda nikmati sebagai ahli panel Your Voice.
Pemindahan maklumat keahlian kepada SSI akan dilakukan pada 23hb Nov 2010 , di mana SSI akan menguruskan butiran keahlian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan berkaitan perubahan ini, sila semak FAQ kami.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan hak privasi anda di SSI, sila klik sini, Syarat dan Terma di sini.

Sepertimana yang anda sedia maklum, penglibatan berterusan anda adalah secara sukarela. Sekiranya anda mahu berhenti daripada menjadi ahli Your Voice pada bila-bila masa, sila klik pautan ’Resign' di bahagian bawah muka surat ini.
Nielsen Company teruja mengenai pemindahan ini di bawah SSI dan tahu bahawa anda akan terus menerima layanan terbaik sebagai seorang ahli komuniti SSI Your Voice.

Yang benar

Lianne Lee
Koordinator Panel Your Voice Malaysia
http://www.yourvoice.com.my/

No comments:

Related Posts with Thumbnails