Something that interesting

Wednesday, June 18, 2014

Bumiputera bukan Islam (2nd class citizen)

Share

 Kepada pembaca yang dihargai,

Hari ini saya nak mengulas sepenuhnya dalam bahasa. Yalah dunia serba maju kini semuanya dielektronikkan kerana nak mudah dan cepat. Dalam erti kata lain automatik. Tapi dalam mudah, cepat, automatik ini telah menimbulkan banyak masalah dan kelemahan dalam sistem.


Setelah bertahun - tahun mengisi segala sistem yang ada dalam mencari pekerjaan di sektor awam rasanya seperti hanya bermimpi sahaja. Hanya pihak tertentu dan juga yang bernasib baik sahaja yang akan dipanggil. Al-maklumlah dunia rakyat semakin hari semakin ramai,peluang pekerjaan dalam sektor awam hanya seciput saja dan selalunya menjadi pilihan utama si pencari kerja. Kalau ada jawatan kosong pun hanya sekadar sedapkan hati untuk pergi ujian dan interview sahaja. Cukupkan syarat katakan.

Hemm... dunia dah berubah, taraf penggangguran juga sudah di naik taraf dari penggangur taraf SPM kepada penganggur bertaraf Ijazah. Peluang pekerjaan taraf SPM dilihat menjadi perhatian kerana tawaran gaji yang rendah serta kebanyakkan mereka ini memiliki kemahiran dalam sektor yang berkenan menyebabkan mereka lebih laku dalam alam mencari pekerjaan. Faktor pertumbuhan kilang - kilang gergasi dan pelabur - pelabur dari luar Negara datang membuat pelaburan menjadi antara satu sebab kenapa semakin banyak kemahiran diperlukan. Jadi...bagi yang berfikir nak menyambung pelajaran dalam bidang profesionalisme baik fikir dalam - dalam. Sektor awam hanya untuk golongan tertentu sahaja, dan kalau adapun hanya untuk mengaburi mata dan menyedapkan hati sahaja walaupun anda bumiputera tapi sedarlah kalau bukan Melayu dan Islam anda adalah 2nd class citizen. Lebih teruk daripada bangsa Cina mahupun bangsa India.

Oleh itu, boleh dikatakan jangan bangga dengan apa yang ada sekarang. Semuanya adalah satu permainan dan kita hanya bonekanya sahaja. Sebab itulah orang Cina berpegang pada prinsip Pegang Ekonomi kerana itu sahaja yang mereka dapat wariskan pada anak gererasi mereka peluang pekerjaan yang bangsa lain tidak dapat lakukan.

Untuk keluar dari masalah ini, setiap si pencari kerja harus ada sijil kemahiran dalam diri mereka. Sebab anda (bumiputera bukan Islam) bukan anak emas negara. Fokuskan pencarian dalam sektor swasta. Antara kemahiran yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi adalah seperti pemandu kren, welding, wiring, pembaikian enjin / jentera kilang, tukang masak. Ini adalah kerana sektor tersebut sedang giat membangun dan menawarkan peluang pekerjaan yang besar.

Jadi bagi yang memiliki taraf pengangguran berijazah silalah mengambil latihan kemahiran tersebut. Kalau tidak anda hanya bermimpi dan terus bermimpi untuk bekerja dalam sektor awam.

Akhir kata dari saya... Hukum ekonomi sangat adil "penawaran tinggi, permintaan rendah = harga turun""permintaan tinggi, penawaran rendah = harga tingg". Tidak heran akan ada pihak yang akan ambil kesempatan ini. Pemegang Ijazah berstatus penganggur sila ambil perhatian.

Never thinks twice but always think ahead beyond!

No comments:

Related Posts with Thumbnails